Saturday 24 December 2011

MALAYSIAN ARMY INTERNATIONAL RUN 2011

wee...  nak cerita jugaklah. 17 Disember lepas aku and da gang masuk satu larian ni. Nama larian tu seperti yang tertera pada tajuk di atas. MALAYSIAN ARMY INTERNATIONAL RUN 2011. haha. International tu.. BUkan main-main.. Mat negro minah negro pun ada. Omputeh puteh pun ada. Malaysian compete dengan dorang? Apa jadi? Pandai-pandailah pikir. Kalau setakat latihan ala kadar je sangat tak cukup untuk compete dengan mereka mereka semua tu. Part yang paling best adalah tentang jarak dia dan kategori yang ada. NAk tahu tengok bawah.

Kategori Larian yang dianjurkan:
a. Kategori Lelaki Terbuka
b. Inter Formation of Malaysian Army Category (team event - close).
c. ASEAN Armies and Invitational Category (team event – close).
d. Kategori Veteran Terbuka
e. Kategori Wanita Terbuka

* Malaysian citizens and foreign citizen qualify for only open category.

Jarak : ada dua jarakyang berbeza mengikut kategori.
a. 22 km Endurance Run for catogory (a), (b) and (c)
b. 10 km Endurance Run for Catogor (d) and (e)

Ok, dah. Malas nak cerita banyak2 pasal rules and so what ever tu. Kalau teringin nak tahu google je senang kan. Hehe. Ok. Kat bawah ni map jalan -jalan untuk larian. Jauh tak ?

Track larian untuk men and open catogory. = 22km
Track larian untuk ladies and veteran catogory. = 10km




Jauh tak? Bagi yang tak biasa masuk larian seperti ini akan cakap jauh woo.. Contohnya macam aku la. Ni first time aku masuk event macam ni. Agak gabra pada awalnya. Haha. Padahal lari je pun kan. Tapi al maklumlah. Orang tak biasa. Track larian tu turun naik bukit pulak tu. Tak ke lenguh kaki aku. Nasib baik tak cramp je. Kawan aku ada yang cramp kaki masa lari. 


Sepanjang aku lari tu, satu je yag ada dalam kepala aku. Aku nak cepat sampai penamat dan jumpa pegawai dan jurulatih aku. Haha. Bukan apa. Just sebab aku takut aku tak jumpa mereka. Yelah. Lari tak bawak handphone. Macam mana aku nak contact mereka. Buatnya sesat dalam ramai-ramai orang tu macam mana. Haha. Ridiculous betul pikir waktu sebelum lari tu. 


Kalau nak tahu sepanjang track tu ade disediakan check point untuk titik air. Air minum dan jugak span yang dicelup air untuk sejukkan muka , tangan , kepala kita. Kalau nak boleh ambil. Tak nak takpe tak paksa. Air minum aku tak ambil sebab aku tak nak. Yang paling aku tak tahan bila aku rasa macam tertipu sebab aku dah lari setengah. Ingat dah dekat. Rupa-rupanya lagi half nak smpai. Haha. Mental sangat waktu tu. Tapi buat bodoh je. Hadoi. Padahal aku ni yang slow sangat. Haha. Ak masa 1 jam untuk habiskan larian 10 km tu. Best runner negara mana tah. Catat rekod 39 minutes for 10 km. Woo.. Tahniah tahniah.


Dah. Story dah nak habis ni. So, lepas habis larian tu kami di bawa untuk melawat MUZIUM TENTERA DARAT. Macam-macam ada. Tapi waktu tu aku dengan kawan aku yang masuk army run tu pusing-pusing kejap je then kami ambil port untuk duduk and rehat je. Sangat tak larat nak melawat muzium tu. Kaki masing-masing dah terasa lenguh.... THE MOST IMPORTANT THING AKU NAK CAKAP IS thanks to all of you guys for being supportive. Sayang rindu kalian semua.


ni waktu mula sampai kat Muzium Tentera Darat tu.
dari kiri, Khusairie, Izzat Amir , Mira ( aku le ), Teha dan Fifi.


Waktu ni masih bersemangat lagi. Lepas tu dah pancit. HAHA
That's all. Thank you.


* Tuan punya gambar, mintak gambar ni ye. hehe

sabtu

Sabtu. Bersamaan 24/12/2011 . Sekarang midsem break bagi UiTM. Means holiday is begin. Alahai, cuti seminggu je pun. Nak kecoh-kecoh pulak da. Relax sudah kan. Kan best kalau dapat duduk senang lenang macam Raja yang ada dayang-dayangnya. Haha. Tak payah nak buat assignments yang menimbun dah tu. Kalau boleh la kan. Aku nak jadi macam bunga ni. Boleh berdiri teguh dan ucapkan happy holiday kat semua orang. Hee. Sangat sengal.


TAPI, kau jangan nak berangan sangatlah wahai MIRA. Kau ada banyak assignments to do okay.

Err, imagine kalau kau ada kerja yang menimbun macam tu . Apa kau rasa? Apa kau rasa kau akan buat decision to stop study dan goyang kaki. Haha. Memang takla kan. Walau apa pun hidup mesti diteruskan. Assignments je kot kan.


Ahhaa, pernah tak jadi macam ni? Bila kau ada assignments tak siap lagi dan perlu submit esok pagi. Then, kau dah sangat kesuntukan masa untuk siapkannya. Kau akan selalu tengok dan tengok dan tengok je jam yang kau ada. Tak cukup kau tengok jam yang dekat laptop, kau tengok lagi jam dekat handphone kau yang dua bijik tu. Then kau tengok lagi jam tangan kau. Tak cukup lagi kau tanya roomate kau. Kau akan sangat tension waktu ni. Kau tak boleh nak pikir lagi dah waktu ni. Percayalah cakap aku, kau tak akan siapkan asssignments kau malam tu paham tak.

Satu je nasihat aku. Perkara utama kau perlu buat bila hadapi situasi ini adalah dengan BERTENANG. Yeah, just a simple word. BERTENANG je kau boleh siapkan kerja kau. Jangan gelabah.Buat perlahan-lahan. Lama-lama kau akan siap akhirnya paham. Akku cakap berdasarkan pengalaman. Pernah jadi kat aku macam ni. Betapa tak keruan bila kerja tak siap. Nak kena submit kat lecturer. 20 % , 30 % tu. Sape tak nak. Rugi. Nak score untuk pointer jugak kan.  Tapi semua ni terpulang pada individu. Terpulang pada cara masing-masing.

BUT, kalau nak cara paling selamat siapkanlah assignments awal-awal. Tak payah nak kelam kabut time last minit. Hehe.
Ok dah. Habis story. Bye.