Friday 30 March 2012

cuti sem bermula ^_^

cuti sem bermula yeay ! ^_^

walaweh cuti sem dah bermula. excited neh excited. Memang excited nak cuti tapi cuti for almost 2 months ni saya tak plan pun nak buat apa. =.=''

hmm hmm hmm. nak buat apa ek?
Rasanya ini je list dalam planner saya.

1. Join aktiviti ke Taman Negara, Pahang dengan skuad saya on 6, 7, 8 April
2. Sambung menulis
3. Meet my FAMUS punya group
4. Meet my old friends since darjah 6
5. Went to MJSC Kuantan, maybe on May
6. Dinner Kuatagh, 7 April
7. Nak join Promotion Rotu untuk intake baru waktu Minggu Destini Siswa =.='' , tapi ..
8. Jadi Pembantu Minggu Destini Siswa, end of May by the time intake baru di uitm daftar

hehe. ada lagi tapi i'll keep it as secret. Peace no war.

* my advise here , kalau korang tahu yang korang akan ada cuti panjang. Rancanglah cuti korang supaya tidak kebosanan dan cuti yang buang masa je. Like me sekaranglah. Bosannya =_='' huu

Thursday 22 March 2012

I Stalk Your Profile


Lyrics by Fakhrul Razi & Jazz Hayat
Music: Jazz Hayat

Ohhh..
Ini kisah sedihku..
Aku mengharapkan sesuatu yang tak pasti..
Disaat kau di sisiku..
Hidupku terasa indah
Hidupku penuh warna warni seperti pelangi..
Ku akui ku rindukan mu,
Saat kau tiada di sisi
Hancur hatiku bila kau sudah berpunya..

I stalk your profile
When i miss you,
Tengok semua gambar u tanpa jemu
I stalk your profile
When i miss you,
Adakah kau juga memikirkan ku,
Semua gambar-gambar you bersama sidia
Dalam caption nya katamu aku cinta dia
Reaksiku meluat tapi sedih pun ada
Memang kau ini player tapi malangnya ku mau kau jua

I stalk your profile
When i miss you,
Tengok semua gambar u tanpa jemu
I stalk your profile
When i miss you,
Adakah kau juga memikirkan ku,
Kau seolah memberi ku harapan
Di saat sunyi.. rasa kesepian
Kau seolah.. memainkan perasaan
Ingin ku membencimu tapi aku yang tak tahan

I stalk your profile
When i miss you,
Tengok semua gambar you tanpa jemu
I stalk your profile
When i miss you,
Adakah kau juga memikirkan ku,

I stalk your profile
When i miss you,
Tengok semua gambar u tanpa jemu
Adakah cinta dibalas...

* suara dan paras rupa tak penting dalam penyampaian lagu. hehe
   yang penting niat tu. Maaf. Saya pun dah tak tahu saya cakap apa :)

Tuesday 20 March 2012

ohmaigod buruknya?


kelakar tak?
kelakar sebab simple sangat.
simple sangat sebab saya tak reti main benda alah ni.
tak reti sebab tak pandai.
ape ada kisah. Header je pun :D

*tangan ni laju je buat benda alah ni bila dah bosan hadap buku.

Monday 19 March 2012

I'm 19 years old already !

Aiyokk, sedar tak sedar saya dah 19 tahun. Seriously saya tak sedar. Orang kata perempuan umur 19 tu dah besar dah. Orang kata dah boleh kawin. Tu orang dulu² cakap. Dulu dengan sekarang dah lain kan.

Ok. Stop. Back to the point. Saya nak cakap alhamdulillah sebab I'm still alive and sihat wal afiat sekarang. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan kat muka bumi Allah ini.

Let say, sempena my birthday ni. A big big thanks and hug to my kawan. seriously tak expect langsung awak² semua nak celebrate memandangkan esok semua ada paper. Tapi kalian nekad betul kan. Tapi itu yang saya nak fokus kan. Harap persahabatan dan ukhuwah kita akan kekal sampai bila².

Besar ertinya dalam bersahabat. Kalian orang yang selalu ada di saat saya perlukan orang untuk bercerita. Bila saya dah mula homesick, kalian ada disisi untuk meriahkan suasana. Sayang semua.

Tolong jangan pernah tinggalkan saya sendiri. Please.

* tangan gedik nak menaip walaupun dah sedar yang diri tu tak habis revision lagi T_T

Wednesday 14 March 2012

masa untuk FOKUS .

hi.

ok, fine. Sekarang feel untuk final dah datang lagi after I faced my first paper CMP281. So, wont be online anymore tonight. A little bit revision for next subject and sleep well. Now, I'm thinking about one thing. Who are the first person to say happy birthday for me :)

done membebel. got to go. bye and assalamualaikum.

*mood nak exam dah datang ==''

Sunday 11 March 2012

First Contest -------> "Suddenly Pic"

ahha. Sibuk² nak jawab first paper final exam esok pun gedik nak join contest ni. Terjumpa blog Areed Amier waktu blogwalking tengah hari tadi. So, terasa macam nak join.

Ni ha contest nya --->





Syarat - Syarat penyertaan :-

* Warganegara Bumi . ( MALAYSIA )
* Berumur antara 2 tahun hingga 99 tahun . ( 100 tahun tak layak )
* Wajib Follow Blog Areed Amier 
* Follow Twitter Areed Amier ( tiada paksaan )
* Wajib LIKE fanpage Areed Amier
* Subscribe YouTube Channel Areed Amier ( tiada paksaan )
* Upload sebuah gambar tiba-tiba . ( candid )

Alhamdulillah, dah lama saya sedar saya nak final exam.

Ini jadual final exam saya.

12 Mac 2012 ( Monday ) - CMP281/ 9 am - 12 pm/ Y 103
15 Mac 2012 ( Thursday ) - BEL260/ 9 am - 12 pm/ B 112
16 Mac 2012 ( Friday ) - CTU151/ 2.45 pm - 4.45 pm/ LL 01
17 Mac 2012 ( Saturday ) - INC271/ 9 am - 12 pm/ DEWAN BENDAHARA
25 Mac 2012 ( Sunday ) - LIB101/ 2.15 pm - 5.15 pm/ BG 08

Nampak tak dia punya gap tu. Terbaik kan. Huahuahua. Rasa nak gelak puas². Tak banyak gap. Tak tahu dapat survive ke tak sebab tak habis study lagi. Tapi alhamdulillah sebab awal aku start exam, awal lah dapat aku dapat balik cuti sem. Rindu nak balik dah bertingkat - tingkat ni.

Saturday 10 March 2012

Fobia datang lagi.

Assalamualaikum.

Ok. Awal mula pertama mula. Oh Maaf terguna ayat someone. Tapi at least by using that words, it is proved that I will always remember that person right. Back to my topic here. FOBIA DATANG LAGI = = ''
Tuhan tolonglah aku. Exam is coming soon. Aku tak faham kenapa something that had happened berulang lagi selepas semua yang berlaku dapat dilupakan dan jalan penyelesaian masalah telah pun di jumpai. Perdamaian telah pun dilakukan suatu ketika dulu.

Saat kasih sayang mula berputik di antara kami, kami dicuba lagi dengan perkara yang hampir sama. The same thing that can broke our relationship. Aku tak faham dan aku sangat tak faham. Aku tak minta untuk jadi begini. Tolonglah Ya Allah. Pulihkanlah keadaan seperti biasa. Andai kami yang banyak buat salah, kami berbanyak minta ampun dan maaf. Tapi, sejujurnya. Kita sebagai pemimpin haruslah memimpin bukan semakin mengeruhkan keadaan.

Maaf. Aku dah mula merepek meraban tak tentu hala tuju. Sebelum lari daripada topik hari ini. Better for me untuk larikan diri terlebih dahulu. Bye. Assalamulaikum.

*maaf, maaf dan maaf yang teramat sangat. Mana² statement tiada kena mengena dengan mana² pihak. Harap maklum. Tapi ini yang terbuku dihati. Aku tetap sayang semua orang :D

Wednesday 7 March 2012

Jujur kah?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua

Oke, topic pagi ini.
Apa pandangan anda kalau seorang lelaki minta izin daripada anda to get to know you better? Adakah dia jujur untuk kenal dengan anda ataupun hanya sebagai observation mereka terhadap wanita. Dan dia mula bertanya kepada anda bolehkah anda beri peluang kepadanya untuk mengisi kekosongan dalam hidup anda? Adakah dia ikhlas dan akan menerima anda seadanya? Jawapannya akan diketahui apabila sampai masanya. Tapi di sini anda perlu memberi peluang kepada lelaki. Ingatlah, jodoh di tangan Tuhan. Dan anda sebagai wanita, cintailah dan sayangi orang yang mencintai anda kerana dia yang akan menjaga dan bersama anda kelak.

Sama² kita renungkan.

Monday 5 March 2012

FAHAMKAN, bukan MENGHAFAL

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Okay, fine. sekarang saya dapat satu pengajaran. Dalam belajar kita mesti fahamkan apa yang kita baca bukan hafal. Faham itu. Walaupun suka cinta menghafal maicam mana pun tetap FAHAM  itu lagi penting dan senang hidup kita nanti. Misal kata kalau otak kita blurr masa exam terus blank la kertas exam tu nampaknya. Kesian kesian kesian kan.

Contoh kat sini, jangan jadi macam Chatur Ramalingam aka The Silencer dalam movie "Three Idiots" tu. Kesian dia. Gara² menghafal teks ucapan tanpa memahami, kan dah memalukan diri sendiri. Pernah tengok tak movie ni? Kalau belum boleh la cuba tengok. Three Idiots sangat best.

Okela, conlusion kat sini. FAHAMKAN apa yang anda baca. JANGAN nak hafal je. Ok? Get it.
Dah. Gtg. Sambung fahamkan apa yang saya baca. Hehe

P/s: Terima kasih sebab ingatkan saya Tn Luqman :)

Sunday 4 March 2012

Sumpah rindu gila.



sumpah rindu gila dekat budak ni yang selalu tolong saya belajar waktu spm dulu.
Maaf sebab banyak tanya. Al-maklumlah saya ni sangat lemb**. So, memang sangat sangat suka tanya dia. 
Sebab dia je yang tahu macam mana nak terangkan anything pada saya.
Terima kasih banyak♥.
Kalau lah dia pun belajar kat sini sama² kan best.



RINDU GILA² KAT KAMU ☻

Bulan kegemaran saya sudah tiba kini.


Yezz. Aku rindu sayang suka cinta bulan Mac. Nak tahu kenapa sebab bulan ni paling banyak tinggalkan kenangan. Kenangan suka duka yang memberi banyak pengalaman pahit manis. Dan di sini aku akan sentiasa setia menunggu selagi aku dikurniakan nafas di hari-hari yang akan datang. Waiting until jannah. InsyaAllah.