Saturday 21 April 2012

Alhamdulillah. Satu tercapai.

Assalamualaikum ^_^

Nampak apa apa perubahan pada blog  ini tak? Tak nampak tu tandanya awak dah tua. Haha. Sengal. Apa kaitan seh.

Kalau tengok dekat kotak hajat tu ada satu benda baru dah tercapai. Jumpa tak? Nampak? Kalau nampak baguslah. Tak payah bagitahu dengan detail lagi kan. Haha.

Semalam pergi PIKOM PC FAIR. Bertempat di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah rezeki. Kebetulan PC Fair ni di adakan waktu cuti sem. Of course la kan tak nak lepaskan peluang.

 So, pegi jela PC Fair tu. Pusing pusing 2 3 kali. Dah habis tengok tengok barang. Then, I decide to buy an external hard disk. RM215 for 500GB. Okela tu kot. Beli few things ( betul ke eja ni? haha ).Macam banyak duit je bunyinya kan. Haha. Cakap je over ni.

Yang ni je boleh tunjuk. Barang lain tak boleh tunjuk. Haha


Tapi konklusinya, hari tu je dah habiskan RM250++. Makan megi sebulan nampaknya nanti. Haha. Wait! Sekarang kat rumah bukan dekat hostel. So, no problem kot. Hehe





Bye bye. Jumpa lagi (:

*Semoga sentiasa diberkati olehNYA.



Thursday 19 April 2012

ROTU Leadership & Motivation Camp ( Bahagian 3 )

Assalamualaikum ^_^

Walaweh. Kita jumpa lagi kat segmen ROTU.

Sekarang nak cerita hari ketiga kami berada di Taman Negara, Pahang.

Hari ke tiga kami free sedikit. Tapi kan, nak rewind sikit apa yang jadi kat kami satu khemah ni. Malam kedua kesian betul kat kami. Baru syok and feel nak tidur tu datang tetiba khemah kami praappp.. Hampir runtuh. Eh, dah runtuh dah. Tak dapat diselamatkan. Alhamdulillah dah. So, kena tido luar ok.

Ok back to the story.  Dah Subuh. Bangun. Solat. Dah cerah langit tu kena kumpul. Makan. Then ada game. Lupa nama game. Tapi lebih kurang macam kemahiran mendengar arahan yang betul macam tu. Hantar wakil. Kena tutup mata ambil kertas yang tertulis nama kumpulan sendiri. Its really fun walaupun aku tolong tengok je. Haha.

Port kami tidur malam tu. Sejukk tidur luar. Dapat air cond free je.


Main game.
Dah habis main game tu. Kami bergerak ke Lubuk Simpon untuk mandi manda. Kat sana level air ok sikit abang guide cakap. Tak dalam. Naik bot dalam 10 minit. Lepas tu jalan kat hutan tu dalam 500 meter kot. Main cakap je ni. Dah lupa berapa. Dah sampai. Apa lagi. Semua terjun laa. Err. Aku tak terjun ok. Rendam kaki je. Tak nak mandi. Sejukkk. I did my hobby. Snap itu snap ini. Lagi best rasanya dapat snap gambo mereka.

Guide cakap ini air terjun.  Kalau mandi lama sangat boleh beku. Err. Betul ke? Macam susah nak percaya tapi ape pulak tak boleh kan. Tak masuk air. So, tak tahu banyak mana sejuknya. Tapi bila tengok mereka yang mandi tu. Sejukk !


















Ha, nak lagi gambo? Hamekla. Hamek .. Haha


Dah nak gerak balik campsite.








Dah sampai campsite kami mandi tukar pakaian. Then, kemas khemah. Bersih kawasan. Lepas tu ada penutup. Dapat hadiah. Dapat hadiah yeay !

Gambo kat bawah ni waktu tunggu bas. Actually ada satu bas kami pancit. Here we go. Ada sedikit masalah. Kalau ikut perancangan kami dah bertolak pukul 3 ptg lagi. Tapi takpe. Aku suka. At least ada masa lagi untuk di luangkan bersama skuad sendiri dengan senior kami. Sukanya.

Memang pergerakan balik tak mengikut perancangan kami. Sesunggugnya setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Pegawai kami cakap. Ada accident beerlaku yang melibatkan bas. Bas jatuh gaung ke terbalik ke ape tah. Aku tak dengar sangat sebab duduk belakang. Dan mungkin kalau kami dah bertolak waktu tu, kami akan jadi salah satu yang terlibat. Err. Dah tanak pikir.









Nak hilangkan bosan, kami main game botol.

See. Winner dapat hadiah.

Dapat hadiah. Terbaik tu !
So, malamnya kami bertolak balik ke Melaka. Tak ingat gerak pukul berapa. At 9pm maybe. Masuk bus je apa lagi. Membuta je. Penat + sejukkk aircond. Saya ada blanket. Jangan jeles ye. Alhamdulillah. Selamat sampai. Sampai Melaka dalam pukul5 macam tu rasanya. Huu. Balik kolej. Mandi. Rehat. Weee. Bahagianya. ^_^

*Photographer : Diri sendiri, Afiqah, Nabilah & Syida serta beberapa orang lagi. (:

* Ingat. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan tidak semua yang kita rancang akan berlaku. Bersyukurlah. Kita sentiasa di bawah naunganNya. Sekian. Maaf kalau storry tak ikut flow and maybe timing salah. Maklumlah gua cepat lupa. Nanti gua kasi link cerita sama ok? Haha


Friday 13 April 2012

ROTU Leadership & Motivation Camp ( Bahagian Dua )



Assalamualaikum.

Yeah. bertemu lagi dalam kisah Rotu.

Okeh. Kita sambung cerita yuk. Hari kedua agak padat aktiviti kami. Kami ada jungle trekking, canopy walk, speed shooting, lawat kampung orang asli, mandi manda, ada ceramah daripada Kapten Noorazman ( ayahanda kami ) , dan LDK.

Hari kedua sebelah kami ada jungle trekking kat sekitar hutan Taman Negara tu. Macam biasa bergerak mengikut kumpulan. Pagi bangun tido, solat, siap² makan. Then kumpul ikut kumpulan. Hari ni bertuah sikit kumpulan aku. Disebabkan kami lambat sikit, dapatlah ganjaran. Kena denda buat senaman luar biasa. Mula mula agak kekok dan tak biasa. Tapi bila semua orang sporting diri sendiri pun kena bertindak sedemikian. Kelakar meh pagi tu. Yang penting kami bergumbira. :))

So, pagi tu ada jungle trekking. Sebelum jungle trekknig kalau nak bawak kemera kena bayar RM5 untuk lesen kamera. Pergh. Moto kereta pun takde lesen lagi. Haha. Macam macam tumbuhan kami tengok. Alhamdulillah dapat ilmu. Penatlah jugak nak berjalan menyusuri jalan jalan tu.Paling best apa lagi. Sebab dapat snap gambar ler. Favourite tuh. Best juga bila berjalan sama dengan Pn Fathiah dan Tn Nasrol kat belakang, macam² karenah kami. Macam² lagu omputeh kami nyanyi. Kejap hiphop la. Layann je. Best (:

Dalam bot pun sempat snap gambo. huhu


Ada lagi :)

Dan lagi.

Yang lain khusyuk dengar abg guide bercerita. Kami posing dulu. Upss.

Besar kan pokok tu :D

Penghujung jungle trekking tu kita akan sampai kat tempat bermulanya canopy walk. Ahha. Gayut? Sape yang gayat tinggi serammlah sikit. Alhamdulillah aku ok je. Bukan bannga dirila. Yang pegang kamera kena jalan dulu. Sebabnya lepas ni nak snap gambo orang pulak kan. But then sape nak snap gambo aku? Haha no biggie. Aku tak kisah pun. Tade gambo aku pun tape je. Ok je. Akibatnya ahli group aku dah sampai aku je belum. Sebab ada yang request tolong snap gambo dorang. No hal la kawan. Maaf ye group lambat sampai. Haha

Tak sabar nak naik canopy walk ler tu ♥

Candit  ♥

Jangan cuba aksi ini di rumah :D

Tinggi tak? Jangan risau. Ada lagi tinggi.

Hati hati bang :D

Alhamdulillah. Dah selamat semua.


Dah habis canopy walk, kami balik ke campsite. Solat, makan minum minum rehat. Petang tu kami pergi speed shooting. Waktu ni memang akan basah 100 percent. So, hati-hati dengan barang berharga anda. Untung Afiqah da bawak beg dia. Kamera sumbat dalam tu. Tapi risau jugak rasa takut basah kamera tu. Menangis la gayanya kalau rosak. Err rapid shooting? Some people said it wasnt call rapid shooting ler. Where in the world did these people find such a name anyway, to bad only in Malaysia. Entahlah.

Back then, kami pergi kampung orang asli kaum Batek. Tengok cara buat sumpit, cara nyalakan api. Cara manual tu. Berapa saat je. Nak nyalakan api tu kena nyanyi. Bunyi dia macam ni. Lat lat go! Lat lat go! Riuh kami nyanyi. Dah tengok cara buat sumpit mestilah boleh cuba sumpit tu. Macam² ilmu tentang kaum Batek kami dapat.

Sampai kat kg orang asli kaum Batek.

Barisan fasilitator kami.


Abang Awang, our guide.
Tengah dengar cara sumpit dibuat.
Dalam tu ada racun sumpit.
Bahan untuk buat sumpit.
Yang baju biru, Kapten Noorazman. Ayahanda.
Muka scary mereka :)
Kakak kakak. Our senior ♥
Main game before gerak balik. Excited excited. Haha



On the way nak balik campsite kami singgah kat satu tempat ni untuk mandi manda. Waktu ni aku tak mandi dah. Sejukk punya pasal. Ambil gambar lagi best lah. Dah petang kami balik campsite. Kemas kemas campsite. Nyalakan unggun api. Malamnya kami dengar ucapan daripada Ayahanda kami.

Mandi kat Abai Streams.

3 kawan baik.
Macam² ragam.
Ayahanda ♥
Rendang di hatiku ♥
Jom teropong sape yang tido. Haha


Show time :D


Lepas tu ada persembahan kumpulan. Gelak sakan malam tu. Macam² lawak ada. Ada bakat masuk Lawak Ke Der ni. Haha. Cukup cukup. Kami kena buat persembahan cheers dengan satu lagi persembahan. Alhamdulillah terhibur. Lepastu Abang Anje sambung bacakan surat Guardian Angel. Haha. Surat untuk aku dibaca. Kelakar je.Ape pun terima kasih guardian angelku. Muahaha.

Lupa pulak. Ada supper time. Kena makan dengan ahli  group. Best part. Suapan pertama untuk diri sendiri. Second, kena suap orang sebelah kiri dan kanan. Third, abang fasilitator. Then suap sape yang kita sayang. Haa, kat sini nak minta maaf kat semua. Ucapan ikhlas ni. Kalau tak suap tak bererti tak sayang tapi kueh dah habis. Tak sempat nak suap semua. Syg semua ♥

Dah penat dah. SEKIAN untuk hari kedua, Selamat maju jaya (: