Saturday 24 December 2011

MALAYSIAN ARMY INTERNATIONAL RUN 2011

wee...  nak cerita jugaklah. 17 Disember lepas aku and da gang masuk satu larian ni. Nama larian tu seperti yang tertera pada tajuk di atas. MALAYSIAN ARMY INTERNATIONAL RUN 2011. haha. International tu.. BUkan main-main.. Mat negro minah negro pun ada. Omputeh puteh pun ada. Malaysian compete dengan dorang? Apa jadi? Pandai-pandailah pikir. Kalau setakat latihan ala kadar je sangat tak cukup untuk compete dengan mereka mereka semua tu. Part yang paling best adalah tentang jarak dia dan kategori yang ada. NAk tahu tengok bawah.

Kategori Larian yang dianjurkan:
a. Kategori Lelaki Terbuka
b. Inter Formation of Malaysian Army Category (team event - close).
c. ASEAN Armies and Invitational Category (team event – close).
d. Kategori Veteran Terbuka
e. Kategori Wanita Terbuka

* Malaysian citizens and foreign citizen qualify for only open category.

Jarak : ada dua jarakyang berbeza mengikut kategori.
a. 22 km Endurance Run for catogory (a), (b) and (c)
b. 10 km Endurance Run for Catogor (d) and (e)

Ok, dah. Malas nak cerita banyak2 pasal rules and so what ever tu. Kalau teringin nak tahu google je senang kan. Hehe. Ok. Kat bawah ni map jalan -jalan untuk larian. Jauh tak ?

Track larian untuk men and open catogory. = 22km
Track larian untuk ladies and veteran catogory. = 10km




Jauh tak? Bagi yang tak biasa masuk larian seperti ini akan cakap jauh woo.. Contohnya macam aku la. Ni first time aku masuk event macam ni. Agak gabra pada awalnya. Haha. Padahal lari je pun kan. Tapi al maklumlah. Orang tak biasa. Track larian tu turun naik bukit pulak tu. Tak ke lenguh kaki aku. Nasib baik tak cramp je. Kawan aku ada yang cramp kaki masa lari. 


Sepanjang aku lari tu, satu je yag ada dalam kepala aku. Aku nak cepat sampai penamat dan jumpa pegawai dan jurulatih aku. Haha. Bukan apa. Just sebab aku takut aku tak jumpa mereka. Yelah. Lari tak bawak handphone. Macam mana aku nak contact mereka. Buatnya sesat dalam ramai-ramai orang tu macam mana. Haha. Ridiculous betul pikir waktu sebelum lari tu. 


Kalau nak tahu sepanjang track tu ade disediakan check point untuk titik air. Air minum dan jugak span yang dicelup air untuk sejukkan muka , tangan , kepala kita. Kalau nak boleh ambil. Tak nak takpe tak paksa. Air minum aku tak ambil sebab aku tak nak. Yang paling aku tak tahan bila aku rasa macam tertipu sebab aku dah lari setengah. Ingat dah dekat. Rupa-rupanya lagi half nak smpai. Haha. Mental sangat waktu tu. Tapi buat bodoh je. Hadoi. Padahal aku ni yang slow sangat. Haha. Ak masa 1 jam untuk habiskan larian 10 km tu. Best runner negara mana tah. Catat rekod 39 minutes for 10 km. Woo.. Tahniah tahniah.


Dah. Story dah nak habis ni. So, lepas habis larian tu kami di bawa untuk melawat MUZIUM TENTERA DARAT. Macam-macam ada. Tapi waktu tu aku dengan kawan aku yang masuk army run tu pusing-pusing kejap je then kami ambil port untuk duduk and rehat je. Sangat tak larat nak melawat muzium tu. Kaki masing-masing dah terasa lenguh.... THE MOST IMPORTANT THING AKU NAK CAKAP IS thanks to all of you guys for being supportive. Sayang rindu kalian semua.


ni waktu mula sampai kat Muzium Tentera Darat tu.
dari kiri, Khusairie, Izzat Amir , Mira ( aku le ), Teha dan Fifi.


Waktu ni masih bersemangat lagi. Lepas tu dah pancit. HAHA
That's all. Thank you.


* Tuan punya gambar, mintak gambar ni ye. hehe

sabtu

Sabtu. Bersamaan 24/12/2011 . Sekarang midsem break bagi UiTM. Means holiday is begin. Alahai, cuti seminggu je pun. Nak kecoh-kecoh pulak da. Relax sudah kan. Kan best kalau dapat duduk senang lenang macam Raja yang ada dayang-dayangnya. Haha. Tak payah nak buat assignments yang menimbun dah tu. Kalau boleh la kan. Aku nak jadi macam bunga ni. Boleh berdiri teguh dan ucapkan happy holiday kat semua orang. Hee. Sangat sengal.


TAPI, kau jangan nak berangan sangatlah wahai MIRA. Kau ada banyak assignments to do okay.

Err, imagine kalau kau ada kerja yang menimbun macam tu . Apa kau rasa? Apa kau rasa kau akan buat decision to stop study dan goyang kaki. Haha. Memang takla kan. Walau apa pun hidup mesti diteruskan. Assignments je kot kan.


Ahhaa, pernah tak jadi macam ni? Bila kau ada assignments tak siap lagi dan perlu submit esok pagi. Then, kau dah sangat kesuntukan masa untuk siapkannya. Kau akan selalu tengok dan tengok dan tengok je jam yang kau ada. Tak cukup kau tengok jam yang dekat laptop, kau tengok lagi jam dekat handphone kau yang dua bijik tu. Then kau tengok lagi jam tangan kau. Tak cukup lagi kau tanya roomate kau. Kau akan sangat tension waktu ni. Kau tak boleh nak pikir lagi dah waktu ni. Percayalah cakap aku, kau tak akan siapkan asssignments kau malam tu paham tak.

Satu je nasihat aku. Perkara utama kau perlu buat bila hadapi situasi ini adalah dengan BERTENANG. Yeah, just a simple word. BERTENANG je kau boleh siapkan kerja kau. Jangan gelabah.Buat perlahan-lahan. Lama-lama kau akan siap akhirnya paham. Akku cakap berdasarkan pengalaman. Pernah jadi kat aku macam ni. Betapa tak keruan bila kerja tak siap. Nak kena submit kat lecturer. 20 % , 30 % tu. Sape tak nak. Rugi. Nak score untuk pointer jugak kan.  Tapi semua ni terpulang pada individu. Terpulang pada cara masing-masing.

BUT, kalau nak cara paling selamat siapkanlah assignments awal-awal. Tak payah nak kelam kabut time last minit. Hehe.
Ok dah. Habis story. Bye.

Sunday 6 November 2011

2 KEJAYAAN

Sedang excited sebenarnya. Kejayaan PERTAMA, Akhirnya berjaya lalui Annual Camp Rotu ni dari awal sampai pemghujung. Yang pasti sepanjang annual camp ni aku sekali pun tak pernah jumpa medic. Ni maknanya aku sihat wal afiat je. Tak perlu jumpa medic pun walaupun sebenarnya terkena gatal-gatal kat lengan lepas keluar hutan tempoh hari. Bayangkan kami masuk hutan 6 hari. Tak pernah terpikir aku nak masuk-masuk hutan ni. Tapi bila masuk ROTU ni, nothing is impossible la kan. Benda biasa bagi Rotu. Haish, dah start makan kerepek ni. Cerita dalam hutan kita simpan dulu. Sekarang aku nak ucapkan rasa syukur sebab dah habis akhirnya latihan kem tahunan kat arau ni. Skuad Rotu kat Arau, jumpa waktu annual akan datang. Welcome to Malacca ya!

Kejayaan KEDUA, yang ni nak kata kejayaan pun tak jugak sebab bagi aku still tak cukup tahu tak. Kejayaan kdua ni pasal result. Alahai, belum sempat balik Melaka lagi dah tahu tak dapat dekan pun sem pertama ni. Hancur lebur bila dapat tahu. Apa tak nya, kat Arau lagi dah dapat tahu keputusan dekan ke tak. Tengah2 sibuk buat kerja waktu mjlis makan pulak tu. Sedih sedih sedih.. Aku dapat 3.21 je. Sikit kann? Tapi takpe. Still alhamdulillah. Cuba lagi next sem kan, chaiyok3x !

Friday 30 September 2011

2 hari lagi :)

2 hari lagi nak jawab last paper. Paper mass media. Penuh dengan fakta sejarah tentang MEDIA. Hanya mampu berusaha dan seterusnya berserah.

Nak dijadikan cerita. After last paper ni for sure lah kan bebudak yang dah habis paper ni balik rumah kann. Tapi aku takk. Jangan tanya kenapa.  11 Okt kami dah gerak ke Shah Alam. Then gerak ke Arau, Perlis. Will be there for almost a month. Huh! Macam tak percaya pun ade. Tapi percayalah eh. Sama ada 4 atau 5 Okt baru balik KELANTAN.

Sunday 18 September 2011

PASSWORD and PRIVACY

Aku percaya yang semua orang ada password masing2. Tak kira lah password ape pun. Contohnya, password ATM card ke, account facebook, twitter, student portal ke atau ape pun. Korang tahu tak? Korang perlu rahsiakan semua kata laluan korang tu. Kalau tak korang yang dalam bahaya. Eh, bukan korang aje yang bahaya. Ia kadang2 boleh membahayakan pengguna lain jugak tau.

Ok. Back to the topic. Sekarang aku nak cakap pasal facebook la senang cerita. Sekarang aku nampak macam facebook ni dah takde privacy dah. Sebabnya, kau ada aku punya kata laluan dan aku ada kau punya kata laluan. Ape ni? Haa, yang ni kebiasaanya bagi sesiapa yang berkapel la. Biasanya pasangan kapel ni akan bertukar-tukar password ni. Terutamanya facebook. Sayanglah katakan. Sampai siap bertukar-tukar kata laluan lagi. Kononnya nak menjaga yang tersayang.

Bila korang yang berkapel ni bila saling bertuar-tukar password, satu je yang korang akan rasa mnyesal di kemudian hari. Korang akan rasa tak bebas untuk berkawan. Akan rasa dikongkong. Nak berkawan sikit kena tegor gara2 sifat cemburu kapel korang. HAha. Boleh ke korang hidup macam tu? Sorry to say. Aku dengan jujurnya cakap aku tak akan selesa macam tu. Seriously aku cakap aku tak suka sape yang sharing kata laluan facebook. HAHAHA.. So, kesimpulannya bila kata laluan facebook sendiri pun ornag lain dah tahu, maknanya dah takdela privasi. Ada paham ? hee..

okela, aku rasanya macam takde ape dah nak cakap. Sebab aku ni  bukan kaki bebel kot. Jangan marah atau serang aku bagi sesiapa yang terasa dengan kenyataan ini. Ini hanya luahan hati dan pendapat aku, Ecece.. Satu lagi, kalau korang rasa pening sangat baca entry aku ni harap maaf ye sebab aku main hentam saja. Takde nya nak draft ke apa.

Baiii.

Wednesday 17 August 2011

SAYA SKEMA


Friday 22 July 2011

Rasa macam nak ikat diri sendiri pada pokok !

Rasa macam nak ikat diri sendiri pada pokok ?
Sebab tak nak balik Lendu lagi.
Tak puas lagi stay kat rumah >.<
Apakan daya cuti dah habis.
TERPAKSA pulang ke Lendu, Melaka !

Sunday 17 July 2011

we are red !


Tema movie Hati Malaya. Hidup Melayu!









Dapat tempat terbaik untuk Talent Time, thanks to Kamarul Ipin ~


Thursday 14 July 2011

Diperangkap oleh senior dan lecturers.







HAHAHAHAHA~ gelak je aku mampu..














Trick!.

Wednesday 13 July 2011

we are masscommers !

Perkenalkan, kami adalah masscommers Part 1 2011/2012.
Proud to be masscommers. Whatever orang nak kata nak cakap pasal budak masscomm, yang penting jadi diri sendiri. Kami tak kesah. Yang penting kami have fun.
















Friday 8 July 2011

Melaka Central ---> Jusco ---> Tesco = Penat gilaa tapi puas.