Sunday 29 September 2013

Salah kau.

Untuk semua yang terjadi sekarang ni, serius ia adalah salah kau. Bukan sengaja nak salahkan kau. Tapi hanya satu point bagi aku untuk lupakan kau.  );

Saturday 28 September 2013

Keliru T.T

Ya Allah, Engkau luruskanlah perjalanan hidupku Ya Allah. Sungguhnya aku sendiri keliru apa yang aku inginkan dalam hidup aku ni. Aku punya ramai teman dan sahabat tapi kenapa aku merasakan masih sepi perjalanan hidup aku ini. Sesungguhnya aku perlu dekatkan diriku dengan diriMu Ya Allah.

Ya Allah janganlah Kau pesongkan akidah dan akhlakku. Biarkan aku berada dijalan yang benar Ya Allah.

Wednesday 7 August 2013

10 years from now.

On 2014 I will be graduate at UiTM Lendu Melaka. And at the same time complete 3 years I joined the Reserve Officers Training Unit or it used to be called as PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan). I will be commissioned as "Leftenan Muda".

It is very important for me to achieve my dreams and my ambitions. I need to have positive attitude. I need to believe in myself and believe that my success is achievable if I look forward.

There are few things that come to my mind when I think about ten years from now. The way I see myself in ten years from now is not something I often think about, but it scares me a little to know that in one decade I will be thirty years old. In ten years from now I see myself as a graduate with a master in something. Maybe journalism. And perhaps advertising. Haha see! Actually I dont know what to be.

Actually studying in mass communication is not my interest at the first time. I am just trying to do something new that opposite to my behavior. Luckily I found that mass communication is something quite interesting and great. I will try my best to finish my study at the highest level that I can achieve.

For now, I got three options about my ambitions. First, finish my study in mass communication and work in this field. Second, I want to be a freelance photographer because I love photo so much. But still there's  lot that I need to learn about photography. Third, I want to be a soldier. This much crazy thing I would be.

Seriously I don't know what to be. Let's wait for the future!

Saturday 13 July 2013

Jatuh Hati Dengan Boyfriend Orang

Kau memang cari pasal buat entry macam ni. Haha. Hey benda ni normal okay. Soal hati bukan senang kita nak kawal. Benda berlaku bukan senang kita nak halang. So, come come nak cerita sikit perihal jatuh hati pada boyfriend orang ni. Aku pernah dan boleh dikatakan banyak kali jatuh hati dengan boyfriend orang ni. Tapi tidaklah sampai aku nak buat plan jahat nak rosakkan hubungan dorang. Kalau ada jodoh dorang, adalah tu. Kalau takde mungkin jodoh bf dia dengan aku. Haha maaflah aku cuma katakan apa yang terfikir je. Chill lah kan. Kalau aku sibuk dok jaga hati orang, takdelah aku buat entry kat sini. Ye dok? Haha

So, memang aku suka bf orang tapi tak pernah terniat pun nak merampas hak orang. Masih waras untuk berfikir mana baik buruknya. Kita ignore je perasaan itu. Lama lama perasaan itu akan hilang. Penat berharap pada yang tak pasti ni.

Chill. Babai.

Monday 15 April 2013

Misteri Terungkai

Hai. Misteri siapa En NAIM MAZLAN tu dah terungkai. Jeng jeng jeng. Eh, bukan tahu siap dia. Cuma tahu kenapa dia bertanya macam tu.  Tapi rasanya my brother tu keep some secret from me laaa. Ni yang tak adil ni. Alaahaiii abg cakapla dia tu sape dan kenapaaaa. Tanaklaaa rahsia rahsiaa. Saya ada hak  untuk tahu perkara sebenar. Pleaseeeee >.<

Monday 8 April 2013

I'm wondering who you are -_-



Hmmp, nak dijadikan cerita. Pada suatu petang yang agak membosankan ni, saya mula rajin untuk scroll mesej mesej lama. Tergerak hati nak buka unread message dekat inbox tu. 

And suprisingly ..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Terjumpa satu mesej ni. 

Haha tiba tiba saja tanya macam tu. Mesej tu dah lama. Bertarikh 9 January lagi. 21 March baru wa tengok. Wuuuu siapa kamu ha. Ni marah ni. Untuk pengetahuan awok, semestinya la saya kenal dia wahai encik naim mazlan. Kenal sangat :)

Hadoi nye pun.

Sunday 31 March 2013

Hmmp. Gawat.

Mula-mula suka main main saja. Lama lama mula ada rasa sayang. Bila ada rasa sayang, memang akan sayang. Dan sayang itu tak akan sama dengan sayang ini terhadap orang lain. Sebab awak dan orang lain itu berbeza. Tapi kalau tiada jodoh untuk kita, saya doakan yang terbaik untuk awak.

Sunday 3 March 2013

This is the time for me to forget everything about you :')

Hi and assalamualaikum.

Semalam ada Family Day Meskom. And it is very suprising me when I saw you. Of course la I saw you with her, right. A little bit upset and frustrated. You even didn't tell me that you will be here. But its okay. I understand your situation. Prioritize the priority.

One word for you. GEMIK. Yes, kau nampak berisi. Mungkin sebab dah lama tak bersukan lah tu kan.  Kalau time sekolah dulu, selalu main basketball kan. Dah masuk uitm ni, kumpul lemak ajela ya. Haha seronok tengok orang bila orang tak nampak kita. Lepastu dalam masa yang sama, halimunankan diri sendiri. Ok merepek.

Okay my conclusion here is, I think this is the time for me to forget everything about you. I can't remember the exactly what I dreamt about what you said to me. But the conclusion that I can make is, you said that you are happy to be with her. So, I can't say anything more. It is better for me to retreat myself. Saya pun ada keutamaan yang perlu saya utamakan juga. Pelajaran, masa depan dan angan angan yang menjadi cita cita saya. Hidup dengan redha Allah.

Daa. Hope you and her will live happily ever after. All the best ^_^




Wednesday 13 February 2013

Rotu's Annual Camp 2012 - Bahagian Satu

Whooaaaa. Lama betol simpan cerita ni. Tengok tajuk pun dah tahu kan nak cerita pasal apa kan. Of course la nak cakap pasal Latihan Kem Tahunan 2012 yang kami dah lalui haritu. takde lah haritu sangat. dah jadi tahun lepas dah pun.

LKT kali ni diadakan kat tempat kami sendiri. So penat sikit sebab nak kena sediakan kolej, tempat makan, buat tagging bagai, lepas tu nak sediakan barang kelengkapan sendiri lagi.

Tapi takpe. Kami ramai. Bole buat keje dengan cepat bila dah bahagikan tugas masing-masing. I would like to thank to all people yang terlibat dalam menjayakan kem tahunan kali ni.

Disebabkan LKT kali ni kat tempat sendiri, so kami tak payah nak guna 3 tan untuk angkut barang kami. Semua kami angkut sendiri. Just angkut pegi tukar kolej kediaman yang akan diguna pakai time kem. Pakai moto. Angkut pakai kereta bagi yang ada kereta tu. Part paling best kalau anda angkut barang guna tulang empat kerat ni. Terasa gagah perkasanya. Berguna la sikit kan tulang empat kerat tu. Aisehh cakap macam angkut sendiri je. Haha propa je lebih. Walhal barang aku tu semua, skuad aku yang tolong angkut. Semua barang aku angkutt. Bantal busuk tak bantal busuk. Semua bawak. Maklumlah kann. Kem kat tempat sendiri. Aku simpan tenaga ni untuk training nanti la. Haha.

Debaran annual camp? Gua tade perasaan rasanya. Tak terasa sangat debaran annual camp. Mungkin sebab kem dekat tempat sendiri ye tak. Kalau masa annual camp junior dulu, macam nak luruh jantung ni bila dah nak sampai dekat uitm arau. Terasa macam nak pergi berperang yang tak kan balik pun ada. Dubbb dabbb dubbb dabb. Haihhh.

Ketibaan skuad arau dengan dungun disambut dengan mesra. Biasalah. Tetamu kann. 

Well macam biasa. Hari pertama mestilah ada perasamian pembukaan latihan. Amekaww. Hari pertama saja kami dah dikenakan rules yg bahawasanya kami kena bawak begpack kami yg berisi 4 mastin pasir sekiranya berpakaian loreng. Of course la sepanjang masa kena bawak sebab memg sepanjang masa kami pakai loreng. 

Haha tatau kenapa. Gua mentall tahap ape derr time tu. Kalau gua mengadu kat bapak pun dia tak kan paham kot. Badan tak tough lagi kot time tu. Sebab tu mental. Jurulatih nak uji kami. Pernah je kami luahkan rasa tak mampu nak teruskan kem ni. Tapi bapak kami tu cakap, korang mampu teruskan. Jangan pernah rasa putus asa. Walau perit, kami gagahkan. Dengan sokongan sesama skuad, kami teruskan perjuangan.

But seriouslyy I'M DYING on that day.


Sunday 3 February 2013

Cintaa

Cinta tak kira usia. Budak kecik pun dah pandai bercinta. Walaupun itu dinamakan  cinta monyet, tetap namanya CINTA.

Hmm. Cinta? Apakah itu cinta? Cinta ada banyak penjelasannnya. Cinta pada Allah. Cinta pada ibubapa. Dan cinta kepada jantina yang berbeza dengan kita sendiri.

Well. Im a girl. So, semestinya saya cintakan lelaki. :)

Hmm. Pernah suatu ketika dahulu, saya jatuh hati pada seorang teman saya. Pernah sayang seorang lelaki selain daripada sayang abah. Padahal dia sudah ada pendamping disisinya. Sayang itu wujud bila dia mula ambil berat tentang saya. And so do I. Sejak hari itu, konflik demi konflik timbul. Sedikit pun tidak terniat dihati untuk merampas milik orang. Cuma perasaan sayang itu yang membuatkan kita leka dalam dunia sendiri. Leka dalam anganan sendiri. 

Tapi saya tabahkan hati, kuatkan semangat, cekalkan diri. Sebab kita tahu jodoh dan ajal maut itu semua ditangan Tuhan. Kita hanya merancang. Orang cakap kalau jodoh tak kemana pun. Pusing pusing nanti jumpa balik. So kami hanya jadi kawan. Berhubung seperti biasa.

But then selepas SPM je, dia mula mendiamkan diri. Ya. Bila dah berjauhan, ingatan akan mula berubah. Mula lupa apa yang pernah dilalui suatu masa dahulu. Dan biasala kan, lama tak jumpa mula lah rindu. Hanya mampu kenangkan dia dalam doaku :)

Sejak itu, mula tekadkan diri yang I can live without him. Nope. Bukan setakat I can live without him but I can live without MAN. And yes its true. Sejak daripada itu saya tak pernah sayang sesiapa. Susah untuk percayakan lelaki. Ya. Susah untuk percayakan lelaki. 

Tapi, sekarang saya mula jatuh hati pada seseorang. Jatuh hati pada seseorang yang mungkin sangat tidak logik di akal fikiran kawan-kawan sendiri. Mungkin tak logik dimata kawan-kawan tapi logik dimata Allah. 

Jatuh hati padanya kerana imannya. Kerana agamanya. Kerana solatnya.

Dia datang bersama keletahnya yang benar benar mencuit hati. Tapi apakan daya. Ini tidak mungkin terjadi. Biarlah ia terpendam di lubuk hati. Ya Allah, jika benar Engkau hadirkan dirinya untuk diriku. Tetapkanlah hatiku Ya Allah :')

No Caption For This Picture

"Ya Allah jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya. Agar aku tidak berpaling daripada hatiMu. Dan jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu Ya Allah"


Monday 7 January 2013

Haaaaaappppyy 2013

Hai assalamualaikum. Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Happy 2013 :)

So, it has been so long saya tak update entry baru. Ini entry pertama untuk tahun 2013. Sebenarnya banyak untuk diceritakan kat sini. Sangat banyak. Tak terkira. Tak cukup jari kaki dan tangan untuk state kan semua cerita yang saya nak ceritakan. Kalau tak luahkan kat sini kang tepu pulak otak ni nak ingat semua apa yang terjadi dalam hidup ni. Haha. Boleh ting tong kepala ni.

Well, walaupun entry yang bakal aku tulis nanti dah berlalu tahun but still Im gonna write all things that happened. Secara am nya. Ini adalah entry yang bakal aku muatkan kat sini.
- Annual Camp Palapes 2012
- Nur Ramadhan 6
- Latihan Palapes
- Being as a Part 4 student/ Dip Level

Err macam macam lagi la sebenarnya. Tapi saya sudah lupa. Takpe nanti boleh ingat balik. Hewhewhew. Tapi yang pasti banyak tentang Palapes yang mahu dikongsikan. Macam cerita FullHouse tu. Berepisod kan ceritanya. Sweeeeet lagi. So far setakat tu je kot cerita yang menutup tirai 2012. Nanti apa-apa aku tambah lagi.

All the best to everyone :)