Sunday 3 February 2013

Cintaa

Cinta tak kira usia. Budak kecik pun dah pandai bercinta. Walaupun itu dinamakan  cinta monyet, tetap namanya CINTA.

Hmm. Cinta? Apakah itu cinta? Cinta ada banyak penjelasannnya. Cinta pada Allah. Cinta pada ibubapa. Dan cinta kepada jantina yang berbeza dengan kita sendiri.

Well. Im a girl. So, semestinya saya cintakan lelaki. :)

Hmm. Pernah suatu ketika dahulu, saya jatuh hati pada seorang teman saya. Pernah sayang seorang lelaki selain daripada sayang abah. Padahal dia sudah ada pendamping disisinya. Sayang itu wujud bila dia mula ambil berat tentang saya. And so do I. Sejak hari itu, konflik demi konflik timbul. Sedikit pun tidak terniat dihati untuk merampas milik orang. Cuma perasaan sayang itu yang membuatkan kita leka dalam dunia sendiri. Leka dalam anganan sendiri. 

Tapi saya tabahkan hati, kuatkan semangat, cekalkan diri. Sebab kita tahu jodoh dan ajal maut itu semua ditangan Tuhan. Kita hanya merancang. Orang cakap kalau jodoh tak kemana pun. Pusing pusing nanti jumpa balik. So kami hanya jadi kawan. Berhubung seperti biasa.

But then selepas SPM je, dia mula mendiamkan diri. Ya. Bila dah berjauhan, ingatan akan mula berubah. Mula lupa apa yang pernah dilalui suatu masa dahulu. Dan biasala kan, lama tak jumpa mula lah rindu. Hanya mampu kenangkan dia dalam doaku :)

Sejak itu, mula tekadkan diri yang I can live without him. Nope. Bukan setakat I can live without him but I can live without MAN. And yes its true. Sejak daripada itu saya tak pernah sayang sesiapa. Susah untuk percayakan lelaki. Ya. Susah untuk percayakan lelaki. 

Tapi, sekarang saya mula jatuh hati pada seseorang. Jatuh hati pada seseorang yang mungkin sangat tidak logik di akal fikiran kawan-kawan sendiri. Mungkin tak logik dimata kawan-kawan tapi logik dimata Allah. 

Jatuh hati padanya kerana imannya. Kerana agamanya. Kerana solatnya.

Dia datang bersama keletahnya yang benar benar mencuit hati. Tapi apakan daya. Ini tidak mungkin terjadi. Biarlah ia terpendam di lubuk hati. Ya Allah, jika benar Engkau hadirkan dirinya untuk diriku. Tetapkanlah hatiku Ya Allah :')

No Caption For This Picture

"Ya Allah jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya. Agar aku tidak berpaling daripada hatiMu. Dan jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu Ya Allah"


0 stalker: