Monday 22 October 2012

Its me

I would never cry bila kena hell gila gila punya hell. But I will cry when people start mumbling and comparing my uniform body with others. I would be mad if the people do despicable us. When my hand trembling, I cant hold my tears anymore. Thats my anger.

You would never understand la pakkcikk hey. Tolongla sikitt.

Then I had already given you the letter la. If you said that you didnt even receive that letter, meaning that you and your workers are trying to sabotage us. How can it be like that.

Yes, I do admit that it is our fault as it is too late giving the letter to your side. But I cant accept if you said you even didnt receive any letter from us after we had give the letter. Hey, be professional la sikit. We can have a discussion right. You are talking to 19 years old girl. Not 2 years old children. And you are not talking to people with the same level to you. Hope you sedar la lepas ni. I thought you are a proffesional, but IM WRONG !

Oh, Tuhan. Please help me, Your poor servant :'(

Thursday 18 October 2012

Sekeras keras mana pun aku, all these words could touch my heart.

Memang dia kadang-kadang sedikit bengong dan gila-gila. Tapi bila keluar sifat kebangangan dia tu, haishh boleh orang tacing. Haha. Bukan kebangangan tapi keabangan. Tapi dia tu dah macam abang aku. Dan bila aku rindukan abang dan family aku, aku akan lihat orang disekeliling aku.








Ni kalau skuad aku baca ni mampuss aku. Comfirm boleh tahu tulisan sape ni. Haha. Haih hidup ni. Bagai-bagai kann :')

Alahai facebook

Awak. Awak kena faham kenapa saya buat macam tu. Awak tu esokknya exam kan. Kita tak nak beratkan kepala fikir benda lain. Dah cakap kan after exam baru kita discuss. So fahamlah sendiri. Kita ni pun penat tahu tak. Memangla dah habis paper tp sakit kepala nak fikir benda lain pulak nih. Tak perlu lah kot nak update status facebook bagai walaupun status tu tak di mention sekali pun. Kita tak sebodoh tu la untuk faham maksud status awakk tu.

Tapi walau ape pun, just let me think it into positive ways ok. Kita fikir positive jela. Good luck exam ok.

Thursday 4 October 2012

Sukar

Jealous tak semestinya suka. Rindu tak semestinya suka. Tapi tak semestinya tak suka. Perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Bila berjauhan rindu tu datang. Datang bersama keletahnya yang benar benar mencuit hati. Tapi apakan daya. Ini memang tidak mungkin akan terjadi. Biarlah ia terpendam di lubuk hati.

Semoga dipermudahkan urusan olehNya.

Friday 28 September 2012

tak lama lagi Raya Haji (:

Assalamualaikum :)

Hai everyone ! So now we are talking about raya haji is coming soon. And now, the decision had been done. AND kami perlu berada di Melaka pada 24 Okt bersamaan hari Rabu. Jadi, maknanya kami semua akan beraya di UiTM Lendu yg terchenta ni bersama-sama. Ahh seronoknya tak terkata. Haha tipunya lah kan cakap seronok tak terkata tu.

Time raya ni mestilah orang nak balik beraya kat rumah kan. Tapi takpe, skuad aku dalam Palapes ni pun dah jadi macam satu famili dah. I love all of them so much (:

Maybe thats all for now. Bye.



Thursday 27 September 2012

My life here.

Hai. Assalamualaikum uoalls (:

Actually aku tatau nak tulis apa. Sekarang aku sedang buat revision sikit untuk menghadapi final exam nanti. Haih. Seram sejuk. Alahai takutnya nak jawab final exam nanti. Nak pulun habis habisan konon, tapi sekarang ni masih hadap laptop. haha

Okay. Fine aku bosan study lama-lama. Bak kata cikgu aku dulu-dulu pun, tak semua orang boleh study 2 3 jam tanpa rehat. Salah seorangnya adalah aku lettuw. Aku pandang buku, pastu tulis dua tiga patah aku rehat 5 minit. Ceh, kononnya 5 minit. So, kita berehat sebentar bersama facebook ler. Haha

Ni ha, aku tengah pening fikir. Tapi aku tak tahu aku pening fikirkan apa. Hailaa. Hidup. Pelik betul !

Tak lama lagi nak raya haji dah. Mungkin this year first time aku tak beraya kat rumah dengan family sendiri. I repeat, Mungkin this year first time aku tak beraya kat rumah dengan family sendiri ! Sebab banyak sangat benda yang nak dibuat.

Last paper aku 17 Okt, then on 19 Okt to 21 Okt ada trip pmds ke Gambang yang dah tertunda tempoh hari. Lepas tu 22 Okt - 24 Okt pergi UiTM Dungun. 26 Okt dah raya. Then 28 Okt dah nak mula kem PALAPES ni ha. Nak balik rumah pun rasa macam dah tak berbaloi rasanya. nak beraya dimana ya? Still thinking. Hurmm.

Ok. Sudah. Habis disini. Makin lama aku termenung, makin banyak aku fikir. Lets go back to our purpose! STUDY !!

Moga dipermudahkan urusan olehNya.

Monday 24 September 2012

Final Exam Is Just Around The Corner

OMG !! Boleh dapat heart attack bila dengar final exam ni. Study untuk final ni pun boleh naik gila rasanya. Yang takde migrain pun boleh dapat migrain.
Orang cakap masscomm ni senang je. Tak sesusah kos lain. Tapi, kalau tak study rasanya sama je. Tak boleh jawab. Kos pape pun kalau fokus betul betul akan jadi senang juga kan.
 Final Part 3 ada 5 subjek. So, here are my schedule final exam nanti.
1 OKT - BEL311
6 OKT - CIT261
8 OKT - CTU271
12 OKT - PRO221
17 OKT - LIB101
Tapi masalahnya sekarang mood nak study tu tak datang lagii. Macam mana nii ! Hailaa. 
Ya Allah mudahkanlah urusanku. Kuatkanlah semangatku Ya Allah.

Sunday 26 August 2012

Ok Muktamad Saya Tak Pergi Fast Track

Ahha. Assalamualaikum. Ok now my decision untuk tidak ambil fast track adalah muktamad. Sebab 26 Ogos adalah tarikh akhir untuk mohon fast track secara online. Dan saya tak apply pun. Lagi senang daripada apply then tak tahu dapat ke tidak dan kalau dapat, nak pergi ke tidak. Shuuuuhh. Shuuuuhhh. Buat pening kepala saje nak pikir. Baik jangan apply terus kan. Walaupun sudah beli num slip BSN yang RM10 tu.

Baik. Aku percaya semua yang terjadi ini ada hikmah disebaliknya. Aku nak habiskan Diploma Dan ROTU kat Melaka dulu. Lepas tu cari pengalaman banyak banyak. So, skuad ROTU di Melaka ! Jangan lupakan saya. Sama-sama kita teruskan perjuangan hingga ke akhirnya. Me love you all (:

Orang kata apa yang kita rancang tak semestinya akan berlaku. Tapi abang Helmi cakap, niat buat apa sahaja kerana Allah, insyaallah dipermudahkan urusan kita. 

Bangga dapat berkawan dengan pengacara MHI tu macam Helmi Yusof, M.Zulkifli semua tu. Semua pengacara MHI best. Ally Iskandar, Ahmad Fedtri, Kak Abby semua tu.

gambar ni ambil daripada Helmi Yusof, tak keluar hari tu. so, tak beli paper hari tu.

*Moga dipermudahkan urusan. InsyaAllah. Ameen.

Thursday 23 August 2012

Fast track ke tidak ?

Alahai. Hidup. Penuh dengan pilihan. Sekarang pening nak memilih sama ada mahu ambil fast track ataupun teruskan diploma di UiTM Melaka ni. Sungguh pening.

Aku sendiri tak tahu kenapa aku pilih untuk ambil fast track. Nombor pin pun aku dah beli cuma belum apply lagi. Tarikh tutup permohonan dah makin dekat. Aduhai pening. Orang kata apply dulu, pergi ke tidak kemudian pikir. Tapi ada yang cakap, bila dah apply automatik nama dah ada kat sana. So, it would be a trouble for me kalau tetiba saya tak mahu pergi.

Dan, sebab untuk tidak pergi fast track adalah kerana I do love ROTU  kat Melaka ni. Aku still tak puas duduk Melaka. Aku nak teruskan ROTU kat Melaka ni. ==''

*Moga Allah pemudahkan urusanku. Ameen.

Monday 20 August 2012

Kembali di Aidilfitri

Assalamualaikum.

Lama sudah tak tulis kat belog ni. Berbulan lamanya kan. Naik je sem tiga ni langsung takde update cerita baru. So, here I am. Alhamdulillah hidup sihat wal-afiat lagi sekarang ni. Banyak yang tersimpan dan terbuku dihati nak kongsi kat sini. Tatau nak luah dekat siapa kan. Kat belog ni pun jadi la.

Alhamdulillah, Ramadhan dah berlalu. Memang gembira. Tapi hiba, sedih pun ada. Sedih sebab tak gunakan sepenuhnya Ramadhan tu untuk buat amal ibadat banyak-banyak. Masa tu la kena guna masa tu betul betul untuk topup balik apa yang kurang. Tupp tup. Syawal dah datang. Sedih sangat.

Harap dapat jumpa lagi Ramadhan yang akan datang. Kita tak tahu bila kita akan mati. Entah esok entah lusa nyawa kita dicabut. Nauzubillah.

So, sekarang ni saya ingin ucapkan Salam Aidilfitri Minal Aidil Walfaizin kepada semua umat Islam. Minta maaf sekiranya diri ini pernah menyakitkan hati sesiapa sahaja tak kira la dalam bentuk gurauan atau apa sahaja dan secara langsung atau tidak. Tapi kalau ada sesiapa yang still tak puas hati boleh la datang mengadap tuan hamba :D

Chaow  (:

*sikit-sikit gambar hari raya pertama

Dengan feveret uncle (:
Damia & Danial.


Terasa kemeriahannya bila ada kanak-kanak.



Dirumak emak saudara. Simple sahaja sambutan rayanya. Sebenarnya rumah mereka yang masih dalam proses baik pulih kerana telah mengalami kebakaran tempoh lalu.

Semua ni kat kampung mama ♥



Friday 11 May 2012

setiap orang ada plot hidup mereka sendiri

Video ini cukup untuk menceritakan segalanya untuk entry ini (:



*Kadang-kadang aku terfikir apa yang aku cari selama ini.

Monday 7 May 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum ..
Nothing much to say than the word Alhamdulillah ^_^
I did not expect too much for my result actually but bersyukur sangat sebab i really want this very very badly. Haha. Nak jugak merasa jadi budak dekan sekali sekala kan. So, here we go.

Best part kat sini adalah aku rasa agak berbaloi lah kot aku tak balik bercuti waktu study week tempoh hari. For the whole week habiskan masa untuk buat revision hanya untuk satu subjek je. For the week jugalah aku tak tido sebelah malam. Sebaliknya tido selepas Subuh pukul 8 atau 9 pagi. Haha agak terok di situ perangainya. 

Alah, kalau setakat atas pagar apa sangatlah orang cakap kann. Sikit sangat. Itu kata orang. Tapi diri sendiri mestilah bersyukur. Step by step lah kan. Sebelum ni pointer lagi rendah woo. Haha.

Apa apa pun terima kasih buat lecturer yang banyak beri tunjuk ajar. Buat ma abah yang lepas doakan kakak Dan paling tak lupa my bestiess semua. Thanks teman kite study ok ?! 
Thanks kasi kite study sama dengan awokk awokk semua.
Thanks tolong kejutkan kite pagi pagi. 
Thanks teman kite makan.
Thanks sebab bagi kite lepak study kat bilik awokk². HEHE



Thanks semua ^_^

*gua senyum sampai ke telinga. haha hiperbolanya !

Saturday 21 April 2012

Alhamdulillah. Satu tercapai.

Assalamualaikum ^_^

Nampak apa apa perubahan pada blog  ini tak? Tak nampak tu tandanya awak dah tua. Haha. Sengal. Apa kaitan seh.

Kalau tengok dekat kotak hajat tu ada satu benda baru dah tercapai. Jumpa tak? Nampak? Kalau nampak baguslah. Tak payah bagitahu dengan detail lagi kan. Haha.

Semalam pergi PIKOM PC FAIR. Bertempat di KB Mall, Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah rezeki. Kebetulan PC Fair ni di adakan waktu cuti sem. Of course la kan tak nak lepaskan peluang.

 So, pegi jela PC Fair tu. Pusing pusing 2 3 kali. Dah habis tengok tengok barang. Then, I decide to buy an external hard disk. RM215 for 500GB. Okela tu kot. Beli few things ( betul ke eja ni? haha ).Macam banyak duit je bunyinya kan. Haha. Cakap je over ni.

Yang ni je boleh tunjuk. Barang lain tak boleh tunjuk. Haha


Tapi konklusinya, hari tu je dah habiskan RM250++. Makan megi sebulan nampaknya nanti. Haha. Wait! Sekarang kat rumah bukan dekat hostel. So, no problem kot. Hehe





Bye bye. Jumpa lagi (:

*Semoga sentiasa diberkati olehNYA.



Thursday 19 April 2012

ROTU Leadership & Motivation Camp ( Bahagian 3 )

Assalamualaikum ^_^

Walaweh. Kita jumpa lagi kat segmen ROTU.

Sekarang nak cerita hari ketiga kami berada di Taman Negara, Pahang.

Hari ke tiga kami free sedikit. Tapi kan, nak rewind sikit apa yang jadi kat kami satu khemah ni. Malam kedua kesian betul kat kami. Baru syok and feel nak tidur tu datang tetiba khemah kami praappp.. Hampir runtuh. Eh, dah runtuh dah. Tak dapat diselamatkan. Alhamdulillah dah. So, kena tido luar ok.

Ok back to the story.  Dah Subuh. Bangun. Solat. Dah cerah langit tu kena kumpul. Makan. Then ada game. Lupa nama game. Tapi lebih kurang macam kemahiran mendengar arahan yang betul macam tu. Hantar wakil. Kena tutup mata ambil kertas yang tertulis nama kumpulan sendiri. Its really fun walaupun aku tolong tengok je. Haha.

Port kami tidur malam tu. Sejukk tidur luar. Dapat air cond free je.


Main game.
Dah habis main game tu. Kami bergerak ke Lubuk Simpon untuk mandi manda. Kat sana level air ok sikit abang guide cakap. Tak dalam. Naik bot dalam 10 minit. Lepas tu jalan kat hutan tu dalam 500 meter kot. Main cakap je ni. Dah lupa berapa. Dah sampai. Apa lagi. Semua terjun laa. Err. Aku tak terjun ok. Rendam kaki je. Tak nak mandi. Sejukkk. I did my hobby. Snap itu snap ini. Lagi best rasanya dapat snap gambo mereka.

Guide cakap ini air terjun.  Kalau mandi lama sangat boleh beku. Err. Betul ke? Macam susah nak percaya tapi ape pulak tak boleh kan. Tak masuk air. So, tak tahu banyak mana sejuknya. Tapi bila tengok mereka yang mandi tu. Sejukk !


















Ha, nak lagi gambo? Hamekla. Hamek .. Haha


Dah nak gerak balik campsite.








Dah sampai campsite kami mandi tukar pakaian. Then, kemas khemah. Bersih kawasan. Lepas tu ada penutup. Dapat hadiah. Dapat hadiah yeay !

Gambo kat bawah ni waktu tunggu bas. Actually ada satu bas kami pancit. Here we go. Ada sedikit masalah. Kalau ikut perancangan kami dah bertolak pukul 3 ptg lagi. Tapi takpe. Aku suka. At least ada masa lagi untuk di luangkan bersama skuad sendiri dengan senior kami. Sukanya.

Memang pergerakan balik tak mengikut perancangan kami. Sesunggugnya setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Pegawai kami cakap. Ada accident beerlaku yang melibatkan bas. Bas jatuh gaung ke terbalik ke ape tah. Aku tak dengar sangat sebab duduk belakang. Dan mungkin kalau kami dah bertolak waktu tu, kami akan jadi salah satu yang terlibat. Err. Dah tanak pikir.









Nak hilangkan bosan, kami main game botol.

See. Winner dapat hadiah.

Dapat hadiah. Terbaik tu !
So, malamnya kami bertolak balik ke Melaka. Tak ingat gerak pukul berapa. At 9pm maybe. Masuk bus je apa lagi. Membuta je. Penat + sejukkk aircond. Saya ada blanket. Jangan jeles ye. Alhamdulillah. Selamat sampai. Sampai Melaka dalam pukul5 macam tu rasanya. Huu. Balik kolej. Mandi. Rehat. Weee. Bahagianya. ^_^

*Photographer : Diri sendiri, Afiqah, Nabilah & Syida serta beberapa orang lagi. (:

* Ingat. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan tidak semua yang kita rancang akan berlaku. Bersyukurlah. Kita sentiasa di bawah naunganNya. Sekian. Maaf kalau storry tak ikut flow and maybe timing salah. Maklumlah gua cepat lupa. Nanti gua kasi link cerita sama ok? Haha