Wednesday 13 February 2013

Rotu's Annual Camp 2012 - Bahagian Satu

Whooaaaa. Lama betol simpan cerita ni. Tengok tajuk pun dah tahu kan nak cerita pasal apa kan. Of course la nak cakap pasal Latihan Kem Tahunan 2012 yang kami dah lalui haritu. takde lah haritu sangat. dah jadi tahun lepas dah pun.

LKT kali ni diadakan kat tempat kami sendiri. So penat sikit sebab nak kena sediakan kolej, tempat makan, buat tagging bagai, lepas tu nak sediakan barang kelengkapan sendiri lagi.

Tapi takpe. Kami ramai. Bole buat keje dengan cepat bila dah bahagikan tugas masing-masing. I would like to thank to all people yang terlibat dalam menjayakan kem tahunan kali ni.

Disebabkan LKT kali ni kat tempat sendiri, so kami tak payah nak guna 3 tan untuk angkut barang kami. Semua kami angkut sendiri. Just angkut pegi tukar kolej kediaman yang akan diguna pakai time kem. Pakai moto. Angkut pakai kereta bagi yang ada kereta tu. Part paling best kalau anda angkut barang guna tulang empat kerat ni. Terasa gagah perkasanya. Berguna la sikit kan tulang empat kerat tu. Aisehh cakap macam angkut sendiri je. Haha propa je lebih. Walhal barang aku tu semua, skuad aku yang tolong angkut. Semua barang aku angkutt. Bantal busuk tak bantal busuk. Semua bawak. Maklumlah kann. Kem kat tempat sendiri. Aku simpan tenaga ni untuk training nanti la. Haha.

Debaran annual camp? Gua tade perasaan rasanya. Tak terasa sangat debaran annual camp. Mungkin sebab kem dekat tempat sendiri ye tak. Kalau masa annual camp junior dulu, macam nak luruh jantung ni bila dah nak sampai dekat uitm arau. Terasa macam nak pergi berperang yang tak kan balik pun ada. Dubbb dabbb dubbb dabb. Haihhh.

Ketibaan skuad arau dengan dungun disambut dengan mesra. Biasalah. Tetamu kann. 

Well macam biasa. Hari pertama mestilah ada perasamian pembukaan latihan. Amekaww. Hari pertama saja kami dah dikenakan rules yg bahawasanya kami kena bawak begpack kami yg berisi 4 mastin pasir sekiranya berpakaian loreng. Of course la sepanjang masa kena bawak sebab memg sepanjang masa kami pakai loreng. 

Haha tatau kenapa. Gua mentall tahap ape derr time tu. Kalau gua mengadu kat bapak pun dia tak kan paham kot. Badan tak tough lagi kot time tu. Sebab tu mental. Jurulatih nak uji kami. Pernah je kami luahkan rasa tak mampu nak teruskan kem ni. Tapi bapak kami tu cakap, korang mampu teruskan. Jangan pernah rasa putus asa. Walau perit, kami gagahkan. Dengan sokongan sesama skuad, kami teruskan perjuangan.

But seriouslyy I'M DYING on that day.


0 stalker: