Sunday 16 January 2011

PMR

Tetiba teringat kenangan semasa ambil result PMR. Adioss. Syukur alhamdulillah sangat. Something that I would never expect by getting all A's for all the subject.

Berbaloi dengan hasil usaha belajar sampai tidur lambat. Beli buku latihan sampai tak muat almari nak letak walaupun tak habis jawab pun latih tubi dalam buku tu. Sebab dah banyak sangat beli buku latihan.

Siapa cakap tak duduk asrama tak boleh nak belajar? Boleh saja sebenarnya. Semua bergantung pada diri sendiri. Lagi selesa bila duduk di rumah. Jadi keputusan untuk duduk asrama hanya sebagai percubaan. Mampu bertahan duduk asrama selama 2 bulan saja. Haha. 

Terima kasih buat semua guru yang telah banyak memberi sokongan especially cikgu matematik kerana sesungguhnya diri ini sangatlah lemah subjek matematik. Tak lupa juga buat ustazah bahasa arab. I love you ustazah. Bahasa Arab best!

Itu saja. Babai. Assalamualaikum :)

0 stalker: