Sunday 15 May 2011

Belajar aliran sains tapi ending nya ambil kos yang tiada kaitan pun dengan sains ?

Hafiz bakal cikgu muzik








Hafiz


MINATNYA dalam bidang seni bercambah sejak kanak-kanak lagi. Tak hairanlah pada usia empat tahun Muhammad Hafiz Ismail sudah berani mengadakan persembahan di khalayak ramai.
Pada usia 12 tahun dia pernah menyertai pertandingan nyanyian kanak-kanak, Bintang Kecil peringkat negeri Kelantan dan layak ke peringkat akhir. Dalam masa yang sama pelajarannya juga cemerlang.
Namun bakat yang dipupuk itu belum lagi membawa namanya ke mana-mana dalam bidang seni. Tapi jauh di sudut hatinya, dia menyimpan cita-cita tinggi untuk dikenali dalam bidang muzik.
Dek kerana keputusan peperiksan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang cemerlang, Hafiz menyambung pengajian ke Maktab rendah Sains Mara (MRSM) cawangan Kuantan, Pahang.
Walaupun belajar aliran sains, kecenderungannya terhadap kesenian tetap menyerlah.
“Saya aktif dalam kesenian semasa menuntut di MRSM. Saya terlibat dalam pementasan lakonan, tarian, muzik dan aktiviti-aktiviti seni lain.
“Saya sebenarnya pernah menyimpan hasrat menyertai pertandingan nyanyian, tapi kerana utamakan pelajaran, saya terpaksa lupakan niat itu. Apatah lagi uji bakat kemasukan yang tidak ke Kelantan membuatkan saya payah untuk menyertai.
“Sebab itulah sekarang ini saya pilih pengajian dalam bidang muzik, saya mahu jadi terkenal dalam muzik,” katanya yang baru di tahun pertama Fakulti Muzik, Institut Pendidikan Guru cawangan Pulau Pinang.
Dia boleh memetik gitar hasil belajar secara tak langsung dengan kawan-kawan. Sekarang Hafiz mengikuti pengajian formal dalam muzik kerana mahu memanjangkan minat yang mendalam dalam seni.
“Daripada lebih 300 rakan sekolah saya, hanya saya seorang sahaja yang beralih ke bidang seni dan memasuki Institut perguruan. Saya tak kesal kerana saya memang cenderung dengan seni sejak dulu.
“Memang keputusan mata pelajaran sains saya kurang cemerlang kerana kecenderungan saya sebenarnya lebih ke arah kesusasteraan.
“Keluarga saya juga pada mulanya tak menggalakkan saya aktif dalam seni, tapi apabila melihat minat dan kesungguhan saya terhadap bidang ini, mereka akhirnya menyokong. Apatah lagi bapa saya juga seorang penulis puisi,” jelasnya.
Keluarga ragu-ragu kerana pada awalnya mereka nampak hanya ada kerjaya sebagai penyanyi dan pemuzik sahaja yang boleh dilakukan oleh graduan muzik. Apabila menyedari peluang besar yang boleh diraih, mereka mula faham dan menyokong.
Hafiz juga masih ada cita-
cita untuk menjadi penyanyi suatu hari nanti dan mahu menjadi pengajar dalam bidang muzik kepada bakal muridnya selepas tamat pengajian.
“Mungkin saya belum ada rezeki lagi, tapi saya tak akan rugi kerana dapat peluang menambah banyak lagi ilmu dalam bidang muzik,” katanya yang minat bermain gitar dan piano.
Sekarang dia sedang mencari peluang memperkenalkan diri. Selain dikenali di kampus, Hafiz juga pernah mengadakan persembahan di Universiti Sains Malaysia apabila ada satu perhimpunan melibatkan pelajar-pelajar universiti seluruh Malaysia di sana baru-baru ini.
“Semasa di sekolah dulu, ada yang mengenali saya kerana kerap menyanyi apabila ada acara kesenian.” katanya yang sangat meminati Anuar Zain itu.


- Copied from

For sure lah org akan hairan sebab elok-elok belajar aliran sains tapi after that pilih kos yang takde kaitan langsung dengan study. Tapi buat apa nak peduli dengan cakap orang kan? Ini pilihan hidup masing-masing. Teruskan sahajalah asalkan jangan menyusahkan hidup orang lain kan? HAHA,,aku sokong sangat ni sebab aku pun samalah. Penat2 ambil aliran sains, alek2 pilih kos takde kaitan langsung dengan study kat maktab. Pape pun good luck abang Hafiz!


0 stalker: