Monday 16 May 2011

selamat hari lahir T__T

I would like to dedicate this special entry to my beloved NURUL FATEN AIN BT RUSLI. Budak ni adalah salah seorang kawan aku kat maktab. Kawan dunia dan akhirat. InsyaAllah. Aku kenal Aten kat MRSM KUANTAN. Kami satu kelas ketika di tingkatan 4 BESTARI. Awal2 perkenalan tu macam biasalah kan, tak berapa nak kamcing. Tapi bila dah lama kenal kamcing giler kot..(hehe,,yeke ni Aten? haha,,btol la kan) Tingkatan 4 ni penuh dengan dugaan. Lepas je exam apa entah. Sem 2 kat sana kot. Aku lupa. Cikgu buat perubahan kelas sebab student yang ambil 10th subjek tak ramai. Lepas tu,nak dijadikan ceritanya,kami duduk kat kelas 4 BESTARI. So,cikgu nak transfer semua student yang tak nak ambil 10th subjek ke kelas lain.

 Kesudahannya, kami satu kelas terpaksa bertaburan di merata kelas. Memang sedih. Daripada ada kawan, hilang sekelip mata je rasanya. Tapi, 2 hari lepas tu cikgu cakap cikgu nak ubah balik sebab student in class 4 Bestari tak balance. Last2, cikgu cakap nak collect balik student asal kelas 4 Bestari. Happy gila siot.. Akhirnya, kami bersatu kembali. Tapi still ada few students yang teruskan belajar kat kelas baru.

Yang sedihnya bila time tingkatan 5, aku dah tak satu kelas dengan Aten. But so far so good. Still cakap alhamdulillah sebab aku masih satu kelas dengan Umul. Walaupun kami tak satu kelas, kami still in contact lar. Nama lagi duk satu maktab kan. Of coz lah selalu jumpa.


Sepanjang kami berada kat MRSM KUANTAN macam-macam hal jadi. Kita pernah nangis sama-sama, gelak sakan sama-sama, makan, lepak2 kat taman, sesat kat bandar Kuantan sejam lebih,  dan banyaklah kalau nak cerita kat sini. Aten, me tak akan pernah lupa semua kenangan tu.
HAPPY BIRTHDAY ye aten! sekarang aten dah cukup 18 years old. Tapi walau apa pun,i'm older than you. HAHA.. Tak kisahla sape tua sape muda pun. Yang penting hati kita. Sekarang semua dah besar. Dah boleh buat pilihan dan keputusan sendiri dah. Habis sekolah ni semua ikut haluan masing2 dah. Tak lama lagi Aten nak masuk UIA . Umul dan Sikin plak dapat UiTM Machang. Amirah Ibrahimi Husaimi plak dapat UiTM kat Kedah. Aku pulak kat Melaka. Semua dah jauh. Sedihlah. Nanti mesti dah susah nak cari kawan yang giler2 macam kalian semua. Walau jauh mana pun kalian berada,sentiasalah ingat kita2 semua. Mira akan selalu doakan yang terbaik untuk Aten, Umie, Mirah dan Sikin.

-----> Perkara yang paling saya aku ingat sampai sekarang about Aten :p  
       Benda ni jadi time hujung minggu. Ceritanya macam ni. Kalau time weekend,aku dan gang aku nak breakfast nasi lemak kat cafe. Then,kawan aku yang lagi sorang ni mesej kat Aten ajak breakfast skali. Kteorang mesej Aten tanya nak breakfast nasi lemak ke tak. Kalau nak kami nak belikan terus. Nak dijadikan cerita,member yang sorang ni silap paham mesej Aten. Kami faham yang Aten tak nak makan. So, kami yang bendul ni pun tak beli ler nasi lemak untuk Aten. Lepas beli kami terus makan kat kelas. Lepas tu Aten datang. Kami macam terkejut sebab tak belikan untuk Aten. Ya Allah. Rasa bersalah giler time ni. Aku pun cepat2 makan. Then berkejar pergi cafe belikan nasi lemak untuk Aten. Aku belikan soya kotak sekali. Aten merajuk time tu kan?  hehe.. Aku pergi hantar nasi lemak kat bilik Aten. Lepas tu semuanya ok. Alhamdulillah. 

       Lepas kejadian ni,aku memang sangat takot. Takot kalau benda ni jadi lagi. Setiap kali weekend aku akan ajak Aten breakfast kat cafe sama-sama. Satu hari ni, time weekend aku ajak Aten breakfast sama-sama pulak. First2 Aten cakap nak makan sama-sama. So, kami belikan jela. Lepas tu Aten cakap cancel makan sama-sama sebab roomate dia dah belikan untuk dia. Confius der. Nasi lemak yang dah dibeli untuk Aten tu kami berikan kat classmate ( bukan beri tapi macam jual lah rasanya). Then, lepas siap makan terus pergi kelas sebab bajet2 nak study lar. Pastu Aten datang tanya dah makan ke? Kami jawab dah makan. Then Aten terus pergi. Adehh. Punyalah terkejut. Kami buat konklusi yang Aten nak makan sama kami. Tahu tak apa aku dan kawan buat? Kami cepat2 pergi cafe then beli lagi satu nasi lemak untuk Aten. Then pergi cari Aten kat kelas dia. HAHA.. Lucu giler weh. Rupa-rupanya Aten dah makan. Dia saja je datang kelas nak tunjuk muka kenyang tuh, Tapi kami pulak yang silap paham.Tapi at least benda ini buat aku sedar yang kita perlu sentiasa waspada dan hati-hati. HUHU..

Last but not least, NURUL FATEN AIN BT RUSLI.. kalau anda baca ini, ketahuilah yang saya sangat sayangkan Aten dan GENG KITA. Thanks sebab selalu support saya walaupun kekadang tu, perkara yang saya buat tu memang tak patut di buat. Thanks a lot sayang dan selamat hari lahir ya!




Sunday 15 May 2011

Belajar aliran sains tapi ending nya ambil kos yang tiada kaitan pun dengan sains ?

Hafiz bakal cikgu muzik








Hafiz


MINATNYA dalam bidang seni bercambah sejak kanak-kanak lagi. Tak hairanlah pada usia empat tahun Muhammad Hafiz Ismail sudah berani mengadakan persembahan di khalayak ramai.
Pada usia 12 tahun dia pernah menyertai pertandingan nyanyian kanak-kanak, Bintang Kecil peringkat negeri Kelantan dan layak ke peringkat akhir. Dalam masa yang sama pelajarannya juga cemerlang.
Namun bakat yang dipupuk itu belum lagi membawa namanya ke mana-mana dalam bidang seni. Tapi jauh di sudut hatinya, dia menyimpan cita-cita tinggi untuk dikenali dalam bidang muzik.
Dek kerana keputusan peperiksan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang cemerlang, Hafiz menyambung pengajian ke Maktab rendah Sains Mara (MRSM) cawangan Kuantan, Pahang.
Walaupun belajar aliran sains, kecenderungannya terhadap kesenian tetap menyerlah.
“Saya aktif dalam kesenian semasa menuntut di MRSM. Saya terlibat dalam pementasan lakonan, tarian, muzik dan aktiviti-aktiviti seni lain.
“Saya sebenarnya pernah menyimpan hasrat menyertai pertandingan nyanyian, tapi kerana utamakan pelajaran, saya terpaksa lupakan niat itu. Apatah lagi uji bakat kemasukan yang tidak ke Kelantan membuatkan saya payah untuk menyertai.
“Sebab itulah sekarang ini saya pilih pengajian dalam bidang muzik, saya mahu jadi terkenal dalam muzik,” katanya yang baru di tahun pertama Fakulti Muzik, Institut Pendidikan Guru cawangan Pulau Pinang.
Dia boleh memetik gitar hasil belajar secara tak langsung dengan kawan-kawan. Sekarang Hafiz mengikuti pengajian formal dalam muzik kerana mahu memanjangkan minat yang mendalam dalam seni.
“Daripada lebih 300 rakan sekolah saya, hanya saya seorang sahaja yang beralih ke bidang seni dan memasuki Institut perguruan. Saya tak kesal kerana saya memang cenderung dengan seni sejak dulu.
“Memang keputusan mata pelajaran sains saya kurang cemerlang kerana kecenderungan saya sebenarnya lebih ke arah kesusasteraan.
“Keluarga saya juga pada mulanya tak menggalakkan saya aktif dalam seni, tapi apabila melihat minat dan kesungguhan saya terhadap bidang ini, mereka akhirnya menyokong. Apatah lagi bapa saya juga seorang penulis puisi,” jelasnya.
Keluarga ragu-ragu kerana pada awalnya mereka nampak hanya ada kerjaya sebagai penyanyi dan pemuzik sahaja yang boleh dilakukan oleh graduan muzik. Apabila menyedari peluang besar yang boleh diraih, mereka mula faham dan menyokong.
Hafiz juga masih ada cita-
cita untuk menjadi penyanyi suatu hari nanti dan mahu menjadi pengajar dalam bidang muzik kepada bakal muridnya selepas tamat pengajian.
“Mungkin saya belum ada rezeki lagi, tapi saya tak akan rugi kerana dapat peluang menambah banyak lagi ilmu dalam bidang muzik,” katanya yang minat bermain gitar dan piano.
Sekarang dia sedang mencari peluang memperkenalkan diri. Selain dikenali di kampus, Hafiz juga pernah mengadakan persembahan di Universiti Sains Malaysia apabila ada satu perhimpunan melibatkan pelajar-pelajar universiti seluruh Malaysia di sana baru-baru ini.
“Semasa di sekolah dulu, ada yang mengenali saya kerana kerap menyanyi apabila ada acara kesenian.” katanya yang sangat meminati Anuar Zain itu.


- Copied from

For sure lah org akan hairan sebab elok-elok belajar aliran sains tapi after that pilih kos yang takde kaitan langsung dengan study. Tapi buat apa nak peduli dengan cakap orang kan? Ini pilihan hidup masing-masing. Teruskan sahajalah asalkan jangan menyusahkan hidup orang lain kan? HAHA,,aku sokong sangat ni sebab aku pun samalah. Penat2 ambil aliran sains, alek2 pilih kos takde kaitan langsung dengan study kat maktab. Pape pun good luck abang Hafiz!


Wednesday 11 May 2011

Alhamdulillah :)


TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
E2130 - DIPLOMA KOMUNIKASI DAN MEDIA#


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)