Sunday 26 August 2012

Ok Muktamad Saya Tak Pergi Fast Track

Ahha. Assalamualaikum. Ok now my decision untuk tidak ambil fast track adalah muktamad. Sebab 26 Ogos adalah tarikh akhir untuk mohon fast track secara online. Dan saya tak apply pun. Lagi senang daripada apply then tak tahu dapat ke tidak dan kalau dapat, nak pergi ke tidak. Shuuuuhh. Shuuuuhhh. Buat pening kepala saje nak pikir. Baik jangan apply terus kan. Walaupun sudah beli num slip BSN yang RM10 tu.

Baik. Aku percaya semua yang terjadi ini ada hikmah disebaliknya. Aku nak habiskan Diploma Dan ROTU kat Melaka dulu. Lepas tu cari pengalaman banyak banyak. So, skuad ROTU di Melaka ! Jangan lupakan saya. Sama-sama kita teruskan perjuangan hingga ke akhirnya. Me love you all (:

Orang kata apa yang kita rancang tak semestinya akan berlaku. Tapi abang Helmi cakap, niat buat apa sahaja kerana Allah, insyaallah dipermudahkan urusan kita. 

Bangga dapat berkawan dengan pengacara MHI tu macam Helmi Yusof, M.Zulkifli semua tu. Semua pengacara MHI best. Ally Iskandar, Ahmad Fedtri, Kak Abby semua tu.

gambar ni ambil daripada Helmi Yusof, tak keluar hari tu. so, tak beli paper hari tu.

*Moga dipermudahkan urusan. InsyaAllah. Ameen.

Thursday 23 August 2012

Fast track ke tidak ?

Alahai. Hidup. Penuh dengan pilihan. Sekarang pening nak memilih sama ada mahu ambil fast track ataupun teruskan diploma di UiTM Melaka ni. Sungguh pening.

Aku sendiri tak tahu kenapa aku pilih untuk ambil fast track. Nombor pin pun aku dah beli cuma belum apply lagi. Tarikh tutup permohonan dah makin dekat. Aduhai pening. Orang kata apply dulu, pergi ke tidak kemudian pikir. Tapi ada yang cakap, bila dah apply automatik nama dah ada kat sana. So, it would be a trouble for me kalau tetiba saya tak mahu pergi.

Dan, sebab untuk tidak pergi fast track adalah kerana I do love ROTU  kat Melaka ni. Aku still tak puas duduk Melaka. Aku nak teruskan ROTU kat Melaka ni. ==''

*Moga Allah pemudahkan urusanku. Ameen.

Monday 20 August 2012

Kembali di Aidilfitri

Assalamualaikum.

Lama sudah tak tulis kat belog ni. Berbulan lamanya kan. Naik je sem tiga ni langsung takde update cerita baru. So, here I am. Alhamdulillah hidup sihat wal-afiat lagi sekarang ni. Banyak yang tersimpan dan terbuku dihati nak kongsi kat sini. Tatau nak luah dekat siapa kan. Kat belog ni pun jadi la.

Alhamdulillah, Ramadhan dah berlalu. Memang gembira. Tapi hiba, sedih pun ada. Sedih sebab tak gunakan sepenuhnya Ramadhan tu untuk buat amal ibadat banyak-banyak. Masa tu la kena guna masa tu betul betul untuk topup balik apa yang kurang. Tupp tup. Syawal dah datang. Sedih sangat.

Harap dapat jumpa lagi Ramadhan yang akan datang. Kita tak tahu bila kita akan mati. Entah esok entah lusa nyawa kita dicabut. Nauzubillah.

So, sekarang ni saya ingin ucapkan Salam Aidilfitri Minal Aidil Walfaizin kepada semua umat Islam. Minta maaf sekiranya diri ini pernah menyakitkan hati sesiapa sahaja tak kira la dalam bentuk gurauan atau apa sahaja dan secara langsung atau tidak. Tapi kalau ada sesiapa yang still tak puas hati boleh la datang mengadap tuan hamba :D

Chaow  (:

*sikit-sikit gambar hari raya pertama

Dengan feveret uncle (:
Damia & Danial.


Terasa kemeriahannya bila ada kanak-kanak.



Dirumak emak saudara. Simple sahaja sambutan rayanya. Sebenarnya rumah mereka yang masih dalam proses baik pulih kerana telah mengalami kebakaran tempoh lalu.

Semua ni kat kampung mama ♥