Friday 13 April 2012

Harunya hidup. Nak pergi kursus fotografi. Sape nak temankan?

Assalamualaikum.

Haru biru dibuatnya hari ni bila tengiok poster poster kursus fotografi. Serius terasa nak pergi. Memandangkan sekarang tengah cuti kan, bosan tak buat pape. Mama mama tolonglah. Saya bosan neh.

Aku tak pernah belajar basic tentang dslr. Alhamdulillah dapat dslr sendiri pun bila dah masuk universiti. Hailaa. Syukurlah kan. Teringin sangat nak belajar basic camera bagai tu. Apa guna ada dslr kalau setakat reti tekan shutter je kan. Bila tangkap gambar takde seni gitu. Haha. Buat malu je.

So, it is a need lah kan untuk belajar benda tu semua. Sebenarnya aku nak pergi kursus foto ni.


Info Lanjut:
- Sekurang-kurangnya berumur 17 tahun ke atas
- Mempunyai kamera digital sendiri, samada jenis kompak (biasa) atau DSLR
- Kursus adalah 2 hari, boleh memilih hari (mengikut kelapangan jadual)
- Harga Istimewa untuk pelajar sekolah/ipt/kolej/swasta & kerajaan berkumpulan

Info Kursus/kelas:
- Asas teknik fotografi
- Tips/teknik fotografi perkahwinan
- Asas editing foto
- Fotografi dengan model untuk indoor
- Fotografi dengan model untuk outdoor

Jumpa agensi ni pun daripada sorang blogger ni. Terbaca post dia yang dah lama. tahun lepas lagi tu. Kalau nak tahu detail lagi boleh tengok kat sini ok.

Saya perlukan teman untuk pergi kursus ni. Sape yang sudi angkat tangan! Ape lagi pm me dekat fesbuk cepat cepat. Haha. Over excited ni. Lagi pun bukan senang nak dapat tu. Dah tanya dah Azmi Sentral tu. Mereka cakap bergantung dengan kelapangan mereka jugak tu. Huh..

Okela bye.

*Moga hidup sentiasa di bawah naunganNya (:

0 stalker: