Sunday 1 April 2012

sahabat platonik

Antara topik dalam NONA hari ini, 1 April 2012 adalah tentang "Sahabat Platonik". Tahukah anda tahu apa itu sahabat platonik? 

Menurut sumber wikipedia, secara ringkas dan pendeknya sahabat platonik adalah sebuah istilah yang digunakan untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi tidak mempunyai unsur-unsur rasa tarikan secara seksual. 

 Maksudnya kat sini, sahabat platonik boleh di katakan sebagai hubungan persahabatan antara lelaki dan perempuan tanpa wujud sebarang perasaan yang  boleh membawa kepada nafsu syahwat. Senang cakap, kawan baik yang berlainan jantina tanpa ada perasaan cintalah.

Sahabat platonik ada kebaikan dan keburukannya. Selalunya lelaki tidak akan ada perasaan cemburu kepada perempuan kalau perempuan tu lebih bertuah daripada mereka. Kalau perempuan ni mudah rasa tergugat kalau kawannya lebih daripada dirinya. Haha. Ini pendapat saya je. Semua ni terpulang kepada setiap individu. 

Tapi, kalau dah namanya kawan baik kenapa pulak nak cemburu bagai kan. Pelik betul =.=''

Menurut islam memang tak bagus la kan berkawan berlainan jantina kerana ia boleh menyumbang kepada fitnah dan perkara yang tidak diingini. Tapi jagalah batas pergaulan anda ye teman-teman ! :)   


*betulkan jika saya salah, peace no war ^_^


0 stalker: